Tuesday, 11 November 2014

~MaSa HaDaPaN kItA~

Nina hanya memandang mereka berlari di padang sekolah. Sepatutnya dia juga berada di situ. Berlari merentas angin. laju. Lebih laju dari yang lain. Ya. Tak pernah ada sesiapa dapat menandingi kelajuannya. Dia gembira. Dia suka berlari. Itulah kelebihan dirinya.
"Nina.." sapa seseorang dari belakang.
"Oh, hai Lily.."
"Kenapa berdiri kat situ? Tak pergi berlatih ke?" Soal Lily. Salah seorang rakan Kelas sebelah. Nina tersenyum.
"Aku tengah cuti rehatlah. Cedera pertandingan sebelum ni tak sembuh lagi." Ujarnya sambil mengangkat kaki sebelah kanannya. Dia mengeluh.
"Buat penat je masuk pusingan akhir peringkat kebangsaan.." lily menggosok perlahan bahu Nina.
"Tengah jalani rawatan lagi ke?"
"Ya, jangan risau. Pasti sembuh punya.." Nina tersengih menampakkan barisan giginya. Tiba-tiba sepasang tangan menarik lengannya dari belakang. Dia terdorong ke belakang.
"Eh?" Nina memandang ke belakang. Mencari gerangan yang sesuka hati menarik lengannya itu. Terdapat seorang pelajar lelaki di situ. Merenung ke dalam matanya sebelum berlalu pergi begitu sahaja. Meninggalkan Nina dan Lily yang terpinga-pinga.
"Siapa dia tu?" Soal Lily.
"tu bukan Rayyan ke? Budak kelas aku?" Soal Nina pula.
"Oh, Rayyan.. yang ramai budak perempuan suka kat dia tu kan.. sebab dia cool gitu.." ujar Lily sambil tersengih memandang Rayyan.
"Tapi, kenapa tiba-tiba dia tarik tangan aku? Dia minat kat aku ke?" Soal Nina lagi.
"Tak mungkin. Kau tu cintakan padang je kan.." Nina hanya ketawa mendengar kata-kata Lily.
"Bahaya!!!" Jeritan seseorang dari tingkat atas mematikan ketawa Nina. Sebiji pasu bunga jatuh betul-betul di hadapannya. Nina terpaku di situ.
"Maaf, kau okey tak?" Soal seorang budak lelaki dari tingkat atas.
"Bahayalah! Lagi sikit nak kena dia tau!" Marah Lily.
Nina memegang dadanya yang berdegup kencang itu. 'Kalau Rayyan tak tarik aku tadi dah lama dah aku...' dia tersentak. 'K..kenapa Rayyan tarik aku?' Soal hati kecilnya. Dia memandang Rayyan yang sedang berbual dengan rakannya. 'Dia macam tahu je pasu tu nak jatuh kat situ..'
"Wei Rayyan. Aku dengar kau ada jumpa dengan pelakon.. apa dah nama dia, haa.. Syasya.. betul ke?" Soal Syafiq.
"Betul.."
"Untungla kau. Dia cantikkan? Apa pendapat kau?"
"Aku tak minat isteri oranglah." Balas Rayyan. Syafiq memandang Rayyan pelik.
"Eh, apa pulak? Dia tak kawin lagi la. Dalam tv pun dia ada cakap yang dia tak de boyfriend lagi.." balas Syafiq.
"Oh, ye ke?" Nina hanya memerhatikan perbualan dua lelaki itu.

"Mama, kuatkan sikit tv tu.." ujar Nina sambil menyuapkan sekeping roti ke dalam mulutnya.
"Pelakon cantik, Syasya telah berkahwin secara mengejut semalam. Ramai yang terkejut mendengar pengakuan dari pelakon cantik itu." Secara tidak sengaja roti terlepas dari tangannya.
"Syasya.. dah kawin?" Nina teruja.
"Hebat! Macammana dia tahu??" Soalnya lagi. 'Jangan cakap yang dia.. boleh nampak masa depan?' Ujar hatinya pula.

Dia melangkah kearah pelajar lelaki yang sedang berjalan di koridor sekolah itu. Baju lelaki itu ditarik dari belakang memaksa lelaki itu untuk mematikan langkahnya.
"Kau.. kau boleh nampak masa depan ke?" Soal Nina teruja. Rayyan memandang Nina.
"Apa kau merepek ni Nina?" Soalnya serius.
"Kau boleh nampak masa depan orang lain kan? Aku nak kau tengok aku punya!" Nina sudah tersengih sampai ke telinga.
"Aku tak tahu apa yang kau cakapkan ni.."
"Aku bercita-cita nak jadi atlet olimpik satu hari nanti. Jadi tolonglah tengok masa depan aku!" Cepat sahaja kata-kata Rayyan dicantasnya.
"Maaf.. tapi aku.." belum sempat Rayyan menghabiskan kata-katanya Nina melutut di hadapannya. Orang yang berada disekeliling mereka mula memandang. Ada yang ketawa. Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri.
"T..tunggu.. berhenti.. bangun cepat.." Nina akur.
"Memang betul aku boleh nampak masa depan orang lain.. tapi aku tak boleh tunaikan permintaan kau tu.." ujar Rayyan. Kata-kata Rayyan itu agak mengecewakan.
"Dari dulu lagi aku boleh nampak masa depan orang lain. Tapi.. aku tak boleh kawal bila aku boleh tengok. Aku tak boleh nampak masa depan orang yang rapat dengan aku.. contohnya, keluarga aku. AKu juga tak boleh tengok masa depan dalam jangka masa yang panjang. Jadi aku tak boleh nak tunaikan permintaan kau tu." Sambungnya lagi.
"Hebat! Kalau kau boleh buat semua tu, mesti takde masalah.. aku yakin! Kau pasti boleh buat! Jangan risau! Aku akan sokong kau. Sampai Kau  boleh nampak masa depan aku!" Ujar Nina keterujaan.

"Sesiapa yang dapat markah bawah 50, minggu ni kena pergi kelas tambahan.." ujar cikgu Salim. Masing-masing memandang kertas ujian yang telah ditanda. Ramai juga yang mendapat markah bawah 50. Termasuklah Nina dan Rayyan sendiri.
"Rayyan.. nampaknya kita memang ada jodoh. Aku akan tolong kau tengok masa depan aku dalam minggu ni." Ujar Nina. Rayyan menutup mukanya dengan sebiji buku.
"Tapi kan Rayyan. Kalau kau boleh tengok masa depan, patutnya kau bolehlah jawab ujian tu kan?" Sambung Nina lagi. Rayyan menongkat dagunya.
"Sebab tulah aku buat keputusan untuk masuk kelas tambahan. Masa terserempak dengan cikgu hari tu, tiba-tiba je aku nampak jawapan ujian kali ni. Tapi, kalau aku guna jawapan tu, rasa macam menipu pulak." Nina terpegun seketika.
"Tu sebab kau.." ujarnya.
"Kalau aku lah, dah tentu aku gunakan lelebihan tu.. sebab kau Rayyanlah, kau dapat kuasa hebat tu.." Nina tersenyum memandang Rayyan. Kagum pun ada. Rayyan terpaku. Wajahnya serta merta menjadi merah padam. Dia terus mengalihkan pandangannya.
"Mana ada.." ujarnya. 'Dia malu ke?' Soal hati Nina. Nina hanya tergelak kecil. 'Walaupun Rayyan ada kuasa pelik.. tapi, dia tetap lelaki biasa..'
Nina bangkit lalu berjalan perlahan ke arah meja Rayyan.
"Macammana? Nampak masa depan aku tak? Aku dapat jadi atlet profesional tak?" Soalnya.
"Tak nampak.." ujar Rayyan, malas.
"Takpe.. kuatkan semangat! Kau pasti boleh buat!"
"Kenapa kau bersemangat sangat ni?"
Rayyan tersentak sebelum ketawa terbahak-bahak.
"Kau dah kenapa? Ketawa tiba-tiba?" Soal Nina.
"Hahaha.. tak de.. aku nampak.. perut kau bunyi kuat gile lepas kelas ni. Baik kau makan sesuatu sekarang.." Rayyan meneruskan ketawanya.
"Eh? Tak mungkinlah.."

"GRRRRR!!" Kuat sekali bunyi itu. Nina menekan perutnya yang berasa lapar. Merah padam mukanya. Kesemua rakan sekelasnya ketawa terbahak-bahak. Nina memandang Rayyan. Seperti yang disangka. Lelaki itu sedang menahan gelaknya.
"Bekas pensil kau.." bisik Rayyan.
"Bekas pensil?" Nina membuka zip bekas pensilnya lalu mengeluarkan kesemua isinya. Terdapat sebiji gula-gula terselit di dalam bekas itu. Dia memandang Rayyan.
"Makanlah.." ujarnya. Nina tersenyum. Terharu dengan keprihatinan lelaki itu. Dia terfikir sebentar. Rayyan. Mungkin dia dah banyak tengok masa depan orang lain, dan mungkin sebab itu dia juga terseksa.

"Lambat kelas tambahan habis hari ni.." ujar Rayyan sambil memeluk tubuhnya sebelum berjalan keluar dari kawasan sekolah. Hari sudah gelap. Langit tiada bulan mahupun bintang. Angin bertiup agak kuat. Menandakan hujan akan turun malam itu.
"Tulah.. cikgu kejam.." seloroh Nina.
"Sejuknya angin, seronoknya. Aku teringin sangat nak lari pecut sekarang." Sambung Nina lagi sambil memandang langit. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
"Kau ni memang suka sangat berlari kan? Aku terfikir nak masuk bawah selimut je sekarang ni." Ujar Rayyan. Nina tergelak kecil.
"Ya, aku suka sangat. Bila aku berlari, rasa macam angin.. aku suka sangat perasaan tu. Impian aku nak kadi atlet profesional dan berlari kat serata dunia. Jadi sekarang ni aku kena sembuhkan lutut ni dulu." Ujar Nina. Rayyan hanya memandang Nina tanpa reaksi. Dia seakan-akan sedang memikirkan sesuatu. Tangan dihulurkan ke arah Nina.
"Nina, bagi tangan kau.. nanti kau jatuh." Ujarnya. Nina sedikit terkejut.
"Kau cakap macam tu sebab nak pegang tangan aku je kan?" Nina tersenyum mengejek.
"Mana ada.. dahlah.." Rayyan dengan wajah yang merah padam berpaling dan mengatur langkah.
"Haha.. aku gurau je.. maaflah.." ujar Nina tersengih sebelum berlari anak mendapatkan Rayyan. Tanpa disangka kakinya melangkah di atas  air hujan yang bertakung di atas jalan. kakinya tergelincir. Namun, sebelum sempat badannya menyembah jalan, sepasang tangan menyambutnya daripada jatuh.
"Kan aku dah cakap. Tak nak dengar.." ujar Rayyan.
"Hehe.. maaflah.. terima kasih.." Rayyan memandang Nina yang masih di dalam rangkulannya. Wajahnya menjadi hangat sebelum rangkulannya dirungkai. Dia berpaling ke arah lain.
"Dah.. jomlah balik.." ujarnya lalu melangkah pergi.
'Dia malu.. kenapa pula? Kalau Rayyan malu, aku pun rasa malu juga..' ujar hati Nina. Wajahnya juga mula merah.

Nina termenung di beranda berhampiran bilik darjahnya. Dia teringatkan peristiwa semalam. Sesekali terasa wajahnya hangat.
"Nina.." sapaan Cikgu Salim mematikan lamunannya.
"Ada apa cikgu?" Cikgu Salim menyerahkan beberapa helai kertas kepada Nina.
"Ini kertas kerja untuk kelas tambahan kamu. Kamu tolong bagi pada Rayyan sekali ya." Ujar cikgu Salim.
"Baiklah. Terima kasih , cikgu." Dia pun terus mengatur langkah ke koridor. Ingin mencari dimana kelibat Rayyan. Langkahnya dipercepatkan. Dia akhirnya berlari. 'Ah.. dah lama tak berlari.. sebab aku fikir nak sembuhkan lutut dulu. Jadi, dah lama tak berlari.. rasanya tak salah pun lari sikit, kan..' Nina tersengih.
"Seronoknya..." ujarnya. Bagai terkena renjatan elektrik. Sakit di lututnya kembali menyerang. Dia berhenti. Lutunya yang berdenyut-denyut itu dipegang erat.
"Sakit.." ujarnya perlahan. 'Tulah.. siapa suruh kau lari' ngomelnya sendirian sambil tersenyum hiba. Dia memandang keluar jendela. Kelihatan jurulatihnya, Cikgu Aman sedang melatih beberapa orang atlet sekolah.
"Kamu dah berjaya kurangkan masa kamu. Lagi sikit je kamu boleh kalahkan masa Nina.." ujar cikgu Aman kepada Syikin, salah seorang atlet balapan sekolah. Nina memerhatikan wajah gembira Syikin. Dia tertunduk. Melepaskan keluhan kecewa.

"Alaa.. banyaknya kertas kerja!" Ngomel Rayyan. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Aku rasa dia mesti hidup lama kan?" Seloroh Nina sambil tergelak kecil.
"Dia tu panjang umur.. sebab aku rasa macam pernah tengok dia tua.." ujar Rayyan. Nina tergelak.
"Hahaha.. dah agak dah.." 'eh?' Nina tersentak. 'Kuasa Rayyan tu bukan ke tak boleh tengok masa depan jangka panjang? Kenapa pulak dia boleh nampak cikgu jadi tua? Ke.. kenapa dia tipu aku?' Soal hati kecil Nina. Nina memandang Rayyan. Serius.
"Kau nampak masa depan aku gagal jadi atlet professional ke? Sebab tu ke kau cakap kau tak boleh tengok masa depan aku?" Rayyan tersentak. Dia memandang Nina sebelum melepaskan keluhan perlahan.
"Ya.." ujarnya.
"Sebenarnya, aku boleh nampak masa depan dalam jangka masa yang panjang tapi kejap je. Kau punya pun aku nampak.." jelas Rayyan lagi.
"Masa depan aku.. macammana?" Soal Nina. Rayyan menelan liurnya.
"Kau kawin dengan orang yang aku tak kenal.. ada anak dan jadi ibu macam orang lain.." Nina tersentak mendengar kata-kata Rayyan.
"Masa aku tengok kau bersungguh nak sembuhkan lutut kau tu, aku tak sanggup nak bagitahu. Sebab, aku suka sangat dengar kau bercerita pasal balapan.." jalas Rayyan lagi. Nina bangkit dari kerusi.
"Terima kasih, Rayyan." Dia tersenyum memandang Rayyan.
"Walaupun aku ni macam ni, tapi ada jugak orang nak kawin dengan aku.." dia tersengih. Tetapi Rayyan tahu sengihan itu hanya dibuat-buat.
"Nina.."
"Maaf, aku balik dulu.." Nina terus melangkah pergi. Meninggalkan Rayyan sendirian di situ. Dia berjalan seorang diri. Dengan fikiran yang entah ke mana.
'Macam tu rupanya.. semuanya sia-sia je.. selama ni, aku berlatih bersungguh-sungguh.. masa yang aku gunakan untuk sembuhkan lutut ni.. semuanya sia-sia..' dia mengeluh perlahan.

"Selamat pagi,Rayyan!" Nina menyapa Rayyan dengan senyuman lebar di bibirnya.
"Nina.. erm.. pasal semalam.."
"Jangan risau.. aku akan berusaha jadi isteri yang baik.. jadi, kau boleh berhenti.." ujar Nina sambil tersenyum. Rayyan terdiam. Dia memandang tepat ke arah Nina.
"Jadi, besar tu jelah impian kau rupanya?" Ujarnya setelah agak lama berdiam diri.
"Aku suka sangat dengar kau bercerita pasal balapan.. kau nampak ceria je. Aku ingat kau boleh ubah masa depan kau sebab tulah aku tak nak bagitahu kau perkara sebenar.. maafkan aku sebab tipu kau.." ujarnya lagi. Nina tertunduk. Mengalihkan wajahnya dari Rayyan. Sebelum Rayyan sempat melangkah pergi dari situ, sebelah kasut melayang mengenai kepalanya.
"Aduh!" Kepalanya digosok perlahan. Siapa pula yang baling kasut tadi? Sebaik sahaja berpaling, kelihatan Nina memandangnya dengan mata yang sudah pun berair. Menunggu masa untuk jatuh ke pipi.
"Jangan mintak maaf!" Ujarnya.
"Aku yang patut mintak maaf! Aku dah tahu lutut aku ni takkan sembuh.. kalau sembuh pun, dalam tempoh aku berehat dah tentulah ada orang lagi bagus akan muncul. Walaupun macam tu, aku suka sangat.. lari lagi laju dari orang lain.. lari lebih laju dari orang lain.. aku suka sangat.. bila aku tanya kau dan kau cakap cita-cita aku takkan tercapai... aku sedih..  dan aku salahkan orang lain padahal aku sendiri putus asa.. maaf! Maafkan aku, Rayyan!" Akhirnya air mata tumpah juga. Mengalir tanpa henti. Dibiarkan saja air mata itu. Dengan perlahan Rayyan menarik Nina ke dalam pelukannya. Erat sekali. Seperti tidak mahu melepaskan pelukan itu lagi.
"Agaknya kau akan jumpa tak? Impian baru yang kau usahakan bersungguh-sungguh? Aku yakin.. kau pasti jumpa.." ujar Rayyan. Nina tersenyum. Dalam pelukan Rayyan dia berasa lebih yakin. Lebih tenang. Lebih selamat. Pelukan itu dilepaskan.
"Aku akan cari impian.. yang aku akan usahakan bersungguh-sungguh.." Nina sudah tersengih sampai ke telinga. Rayyan hanya tersenyum. Dia suka melihat Nina gembira. Dia berasa tenang setiap kali melihat senyuman itu.
"Jangan cakap kau dah nampak masa depan aku?" Soal Nina. Rayyan memegang kepalanya. Berasa sedikit berdenyut-denyut.
"Tu... aku rasa masa depan kau dah berubah.. tapi, tiba-tiba aku tak boleh nampak dah.." ujar Rayyan. Nina hanya tersenyum.
"Aku rasa kau mesti nampak jugak nanti. Lagipun, kau pernah cakap kan.. kau tak boleh nampak masa depan kau sendiri dan juga masa depan orang yang ada pertalian dengan kau.. macam saudara-mara atau keluarga.." kata-kata Nina mebuatkan Rayyan tersedar akan sesuatu. 'J.. jangan-jangan..' wajahnya sudah merah padam.

Lima tahun kemudian...
"Aku tak boleh nampak masa depan orang yang rapat dengan aku..." kata-katanya sendiri masih terngiang-ngiang di kepalanya. Dia memandang ke arah semua yang berada di dalam masjid itu. Ustaz Abdul sudah berada di hadapannya. matanya menangkap seorang wanita yang merupakan pengantin perempuannya. Cantik. Bak bidadari.
"Contohnya.. keluarga aku.." Rayyan tersenyum. Mata Nina juga memandang ke arah Rayyan. Kedua-dua mata bertaut. Dengan sekali lafaz, dua hati menjadi satu. Dia bahagia. Nina, pengarang jantungnya.