Dalam dunia ni.. ada macam-macam manusia.. ada yang kaya.. ada yang miskin.. ada yang bernasib baik macam kita.. and ada yang tak bernasib baik.. pernah tak kita fikir kalau Allah tarik balik semua nikmat, kejayaan n rezeki yang kita ada ni? Kalau Dia nak tarik, sekelip mata je Dia boleh tarik.. so, janganlah kita sombong sangat dengan semua ni.. janganlah kita berhenti bersyukur dengan apa yang dah Allah kurniakan kat kita.. masa aku tengah tunggu bas kat stesen bas tadi.. aku nampak ada pak cik jatuh.. dia tengah tido atas kerusi tu tadi pastu terjatuh.. habis luka muka dia.. tapi, ramai yang datang tolong.. Alhamdulillah.. tapikan.. bila aku pandang pak cik tu tadi, terbit rasa kesian dengan keadaan dia.. tak tahulah apa kerja dia.. dia duduk depan toilet.. nak cakap penjaga toilet tu, dah ada orang lain yang jaga.. entahlah.. ayah aku ada cakap ngan sorang pak cik yang tolong pak cik tadi tu.. pak cik tu cakap, pak cik tadi tu selalu tidur kat pondok tunggu bas tu.. lepas tu aku terfikir.. dia tak de family ke?? Kalau ada, mana family dia?? Anak-anak?? Mana anak-anak dia?? Kenapa dibiarkan je dia macam tu?? Aku kesian.. tapi aku tak tahu apa yang aku boleh buat untuk tolong dia.. aku bukannya berduit.. aku pun mak n ayah aku still tanggung.. maybe satu hari nanti.. maybe dunia diorang yang aku akan ubah.. maybe.. just maybe.. because, He knows.. He knows which world will i change..
Wednesday, 24 September 2014
Sunday, 21 September 2014
AkU dIsInI lAgI
hari ini
aku lalui lorong itu lagi
lorong yg dulu aku jemu lewati
sungguh aku tak sangka
aku kembali kesini
ke lorong yg sepi
tanpa senyuman
tanpa tangisan
dan tanpa kebahagiaan
yg ada cume keresahan
kesepian
tanpa arah dan tujuaan
tanpa ada teman
namun masih ada ketenangan
terlalu cepat kau campakkan aku disini
terlalu cepat kau tinggalkan aku sendiri
terbawa sedikit hinaan yg kau berikan
termimpi segala derita yg kau coretkan
namun hati masih ada rindu
masih ada sesak tangis buatmu
masih ada mimpi indah bersamamu
buat menemani perjalanan ini
selamanya
Thursday, 18 September 2014
DiA hAnYa GaDiS bIaSa
Dia tak cantik menggoda.. Tanpa bulu mata palsu.. Tanpa gincu bibir, lip balm nya pun tak berwarna, tak menggoda.. Ada macam tak ada.. Matanya tak galak, tak redup.. Hanya mata biasa-biasa.. Kadang kala matanya terlihat bengkak dan
sembab.. Namun tak pernah dia sembunyikan itu dengan eyeliner, maskara dan eye shadow.. Yang memang dia tak reti nak calit-calit
tu.. Hidungnya pun tak mancung,
Pipinya tak lah semulus bagai telur dikupas itu.. Namun, tak pula mahu dia oles-oleskan pemerah pipi yang menambah seri.. Hanya dia tempekkan dengan bedak nipis yang gayanya ada macam takde.. dan dia, ya dia selesa begitu.. Walau dikelilingi rakan-rakan yang cantik dengan benda-benda tu.. Dia tak peduli dengan pandangan orang,
tak kisah dengan trend rakan-rakannya.. Bukan dia kedekut.. Cuma rasa tak perlu.. Menempek segala macam benda hanya untuk
terlihat cantik.. Dan dia, ya dia selasa begitu.. Sederhana dengan caranya.. Bersyukur dengan apa yang dia ada.. Biarlah walau dia dipandang kolot dan tak
bergaya.. Dia tak peduli.. Dia malas ambil tahu.. Yang penting dia tak menarik perhatian lelaki.. Dan tak pula berlebih – lebihan dalam
gayanya.. Sedang dalam dengan cara begitu pun.. Dia masih tak sedap hati.. Terasa lelaki-lelaki gatal masih memerhati.. Susah menjadi dia? Tak ada yang memandang? Tak ada yang mengorat? Itu lagi senang.. Senang dia nak jaga diri.. terhindar dari dosa dan lelaki yang berniat tak baik pada perempuan.. Susahnya menjadi dia? Terasa nak mencuba.. nak jugak terlihat
cantik dan menggoda? Dipujuk hatinya, “jangan, itu semua
godaan dunia” “ wanita itu mmg sudah cantik, maka jangan berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian yang kemudian mengundang dosa”.
Dipujuk hatinya.. Walau terasa ingin mencuba.. dia lebih takut pada akibat dosa yang tiba.. kalau dia turutkan kata hatinya.. Ya, biarlah.. Biar dia jadi gadis biasa, yang sederhana..
Yang kehadirannya tak disedari..
Ya, dia selesa begitu..
DuNiA rEaLiTi InI
Dalam hidup ni.. kadang-kadang kenalah sedar diri.. berpegang pada realiti.. dan realitinya aku bukanlah siapa-siapa.. hanya seorang yang menumpang di sini.. menumpang untuk menimba ilmu.. mengaut pengalaman.. mencari keredhaan.. aku hanyalah seorang yang menyimpan angan-angan.. yang tak akan menjadi kenyataan.. hidup di dunia yang penuh dengan liku-liku kehidupan.. hidup di dunia yang penuh dengan insan-insan yang hebat.. jika dibandingkan dengan mereka.. aku hanyalah seekor semut.. yang tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan.. yang aku ada cumalah cinta ini.. cinta buat yang Maha Esa.. cinta buat ibu dan ayah.. cinta buat keluarga.. cinta buat teman-teman.. cinta buat sahabat-sahabat.. hanya itu yang mampu aku persembahkan pada dunia.. pada mereka yang lebih tinggi akal, pangkat dan namanya daripada aku.. aku hanyalah seorang insan yang serba kekurangan.. realiti memang perit.. aku hanyalah seorang penulis.. yang suka mencoretkan isi hatiku di dalam dunia khayalanku sendiri.. suka menulis sesuatu yang tidak penting.. hanya sekadar coretan basi.. seorang penulis yang tidaklah sehebat yang lain.. hanya sekadar penulis biasa.. penulis yang hanya mampu menyimpan angan-angan..
Tuesday, 16 September 2014
OnE sIdEd LoVe
Cinta.. persahabatan.. sayang kalau hanya sebab cinta persahabatan musnah.. cinta tiga segi.. empat segi.. susah bila perasaan hati sendiri disalah fahamkan.. suka disangka sayang.. sayang disangka cinta.. akhirnya hati orang lain yang terluka.. si lelaki menyukai si wanita dan menyangkakan itu sebagai cinta.. hanya disebabkan jarak yang memisahkan dia dengan orang yang disukainya dahulu dia cuba mencari insan lain yang dekat dengannya untuk dijadikan pengganti.. itulah suka disangkakan cinta.. mungkin bila berjauhan lagi dengan wanita ini dia akan mencari wanita lain yang lebih dekat dengannya.. tetapi si wanita ini pula menyintai lelaki lain yang mencintai wanita lain.. dan apabila si lelaki ini tidak membalas cintanya dia seakan-akan memberi harapan kepada lelaki tadi.. dan menambahkan lagi kesukaran dan kekusutan perasaan dalam dada.. sungguh seksa hati apabila semua ini berlaku.. perasaan berkecamuk.. berbelit-belit.. ianya berlaku diantara tiga individu yang aku kenali.. yang aku khawatiri.. dan salah seorang darinya adalah kawan yang aku sayangi.. cinta mereka terlalu sulit.. entah bilakah mereka akan sedar yang cinta itu tidaklah sesulit itu.. cinta itu senang bila kita jadikan ia senang.. cinta itu indah bila kita jadikan ia indah.. dengarlah sayang.. jangan dijadikan cinta sebagai asbab untuk kita melupakan persahabatan yang rapat ini.. janganlah cinta dijadikan penyebab terputusnya sesebuah persahabatan yang manis itu.. janganlah sampai satu saat nanti kita menyesal.. tolong jangan jadi seperti aku.. betapa aku menyesali hubunganku terdahulu.. kerana hanya disebabkan cinta, persahabatan yang aku sangat sayangi terputus begitu sahaja.. persahabatan yang sangat erat sangat manis itu akhirnya tiada lagi.. betapa aku sesali semua ini.. cintailah seseorang itu seikhlas hati.. jangan sampai mereka pergi dari hidup kita barulah kita nak menyesal..
BeCaUsE lIvE iS fUlL oF sUpRiSe
Being an engineering student isn't simple at all.. 3 years of having a mental breakdown.. so many subjects to cover.. all we can see just number, number and number.. it's so hard.. but when it comes to drawing, i'll be the one who will be so excited.. i loves drawing.. but having this kind of lecturer makes me feels dissapointed.. makes me realize.. engineering's world is not easy at all.. a normal human being won't make it.. even i don't know if i'm going to make it or not.. but, we never knew, right? Besides, live is full of suprise.. our fate have been written by Him.. and He had decide which path will i take.. which destination will i arrive.. which world will i change.. and before i reach that, i have to make sure i won't fall down here.. whatever happens, i have to complete the goal that i've carried with me since i entered here.. and i will succeed.. i know i will.. live is wonderful.. live is full of suprise..
Sunday, 14 September 2014
ArMaDa "HaRgAi AkU"
Seringkali kau merendahkan ku.. Melihat dengan sebelah matamu.. Aku bukan siapa-siapa.. Selalu saja kau anggap ku lemah.. Merasa hebat dengan yang kau punya..Kau sombongkan itu semua.. Coba kau lihat dirimu dahulu.. Sebelum kau nilai kurangnya diriku.. Apa salahnya hargai diriku.. Sebelum kau nilai siapa diriku.. Seringkali kau merendahkan ku.. Melihat dengan sebelah matamu.. Aku bukan siapa-siapa.. Coba kau lihat dirimu dahulu.. Sebelum kau nilai kurangnya diriku.. Apa salahnya hargai diriku.. Sebelum kau nilai siapa diriku..
Saturday, 13 September 2014
YoU tOoK mY hEaRt AwAy
Memandang bulan bercahaya biru.. menyiatkan segala kesungguhanku.. hidupku tanpa harapan dan mimpi.. terperangkap di dalam kegelapan diri sendiri.. tapi kau.. dapat menembusinya.. berjalan di dalam keindahan sementara.. melihat wajahmu ada dimana-mana.. kau datang memulihkan hati yang hancur.. kau memberikan hidupku satu permulaan yang baru.. dan sekarang.. aku jatuh cinta.. kau melarikan hatiku.. bila seluruh duniaku sedang berdoa.. kau berikanku segalanya.. dan takkan ku minta lebih lagi.. dan bila kesejukan malam menjelma.. dan kau tertidur di sisiku.. kau menjadi makna hidupku.. hidup di dunia yang kejam.. kau ada di sini untuk menjagaku.. bila hatimu seteguh batu.. kau bimbing diriku untuk pulang.. dan sekarang.. aku jatuh cinta.. genggaman tanganmu.. akan ku rasainya selalu.. di sini kita berdiri.. kita tak akan bersendirian..
Friday, 12 September 2014
JaRs Of HeArTs
Kau tahu, aku tak bisa lagi melangkah mendekatimu.. Karena yang menantiku hanyalah penyesalan.. Dan tahukah kau aku bukan temanmu lagi.. Aku telah kehilangan cinta dari orang yang paling kucinta.. Aku belajar hidup, setengah mati.. Dan kini kau inginkan aku sekali lagi.. Dan kau kira siapa dirimu? Ke sana kemari membuat luka.. Mengumpulkan hati dan kau mematahkan cinta.. Kau akan diserang demam.. Dari ais dalam jiwamu.. Maka janganlah kau kembali padaku.. Janganlah kembali lagi..
Thursday, 11 September 2014
BeRcInTa ItU sAkiT
Benar orang kata.. setia itu sakit.. bercinta itu perit.. bila semua yang indah bertukar rupa menjadi perit, semuanya menjadi kelam.. sakit.. tak pernah terfikir oleh akal ini yang hati ini bakal disakiti seperti ini.. mungkin dia tidak mengerti rasa ini.. tapi kenapa perlu dia mencari lagi hati yang telah dibuang oleh dia sendiri.. pedih.. waktu dulu mungkin bahagia.. gembira.. tapi bukan sekarang.. hati ini bukan seperti dulu lagi.. hati ini sudah disakiti.. sudah tidak perlukan dia lagi.. hati ini bakal bangkit.. bangkit dari segala yang cuba untuk meruntuhkannya.. benar.. bercinta itu sakit..
Tuesday, 9 September 2014
MaLaM yAnG sUnYi
bulan terang di langit tinggi.. sesekali angin menghembus lembut dingin.. bintang malam tidak menghadirkan diri.. langit kosong hanya cahaya purnama yang menerangi.. malam sunyi.. semua sudah dibuai mimpi.. nyenyak sekali.. saat inilah terbayang lagi.. segala yang tidak ingin diingati.. segala kenangan yang yang ingin dihalau pergi.. kembali mengisi memori.. sakit hati ini.. bagai tiada yang dapat mengubati.. lalu hati mencuba lagi.. melupakan semua agar tidak kembali.. mengosongkan memori yang terisi..hati yang sudah tidak berpenghuni.. cuba mencari Redha Ilahi.. dengan harapan agar dikabuli.. segala doa penerang hati.. semoga bertemu suatu hari nanti.. dengan jodoh yang yang bergelar suami..
Cause i'm only human
Aku bisa menahan nafas.. Aku bisa diam seribu bahasa.. Aku bisa terus terjaga berhari-hari.. Jika memang itu yang kau mahu.. Jadi yang nombor satu untukmu.. Aku bisa pura-pura tersenyum.. Aku bisa paksa diri tertawa.. Aku bisa berdansa dan bermain peranan.. Jika memang itu yang kau pinta.. Kan kuberi segalanya.. Bisa kulakukan itu.. Tapi aku hanya manusia biasa.. Dan aku berdarah saat aku terjatuh.. Aku hanya manusia biasa.. Dan aku hancur dan remuk.. Kata-katamu terngiang, bak pisau di hatiku.. Kau kuatkan aku lalu aku hancur berkeping.. Aku hanya manusia biasa.. Aku bisa terus bersemangat.. Jadi teman yang baik.. Bisa ku tahan beban dunia.. Jika memang itu yang kau butuhkan.. Jadi segalanya bagimu.. Bisa kulakukan itu.. Aku hanya manusia biasa.. Cuma manusia yang tak berdaya.. Bisa ku tahan banyak hal.. Hingga aku jatuh.. Hingga aku tersungkur.. Aku hanya manusia biasa..