Saturday, 27 December 2014

LoVe Is....

She watched him walking towards her. Without any talking he sat in front of her. She knew that look. He must be fighting again. With his girlfriend of course. she looked at him. From head to toe. With a white jacket and a blue t-shirt underneath. A black jeans. That outfit must be expensive. Must be his girlfriend bought them for him. With that outfit, he looked like someone different. Very different.
"What happend? Did you fight with kat again, Timmy?" She asked. Timmy exhaled.
"Yeah.." he said with a very low voice.
"and this time also, i don't know what have i done wrong, sam.." sam smiled.
"Well, that's a girl alright.." she said.
"What do you mean by that?"
"Girls.. sometimes we don't know what we want, but we still want them. And sometimes we don't know why we mad but we still did.. that's a girl, silly.." she laughed.
"But still, she can't just mad at me for no reasons.. it's annoying.." he said. Sam looked at him. Again, from head to toe. Then, she laughed. Hard.
"Speaking of reason, what are you wearing?" She laughed again.
"Yeah yeah.. laugh all you want.. she makes me wear this. Do i really look stupid in this?"
"Naah.. in fact you look great.. but, it's just not you.."
"You know sam.. ever since i dated kat, i barely know myself.." Timmy bowed his head.
"Can you help me sam?" Sam smiled and slowly took Timmy's hand.
"Of course, Timmy.. you're my best friend, remember?" Timmy smiled.
"So, you want my advice right?" He noded.
"Then, stop what you're doing.." she said.
"What? Talking to you?"
"No, silly.. stop being someone else, and start being you.."
"What do you mean?"
"You know, Timmy? Love is not just a feeling.. love is when you can be the real you in front of the one you love.. love is accepting others the way they are.. when they asked you to change into someone else just to be with you, that's not love, Timmy.. that's hypocrite.." sam smiled at him. Without knowing, he blushed. Well, she's right alright. Every words she said is true. Suddenly, Timmy held sam into his arms. That was when sam started to blush.
"Thanks, Sam. Somehow, you make me feel better. Now i know what to do.." he then stood up. He tossed away the white expensive jacket. Timmy put on his favourite cap that he kept inside his bag on his head. the expensive leather shoes had changed into his old black and red sneakers. Sam smiled. That's in front of her, was the Timmy she knew.
"Now go and show her the real you.." she said. There he went. Walking away from her.
"That's my boy.." she smiled.

"I wonder how it goes.. i hope he's alright.." The comic book in her hand was no longer interesting. It had been an hour after Timmy left her for his girlfriend. Sam smiled. she's already falls for him since their first met. But she loved their friendship so much, so she kept it silence. She exhaled. Sam wanted Timmy to be happy. Whoever he choosed, she'll supported him with all she had. That's what friends are for, right. Suddenly, a boy sat in front of her. she shocked.
"Timmy? What are you doing here? Isn't you're supposed to be with Kat?" Timmy smiled.
"Well, she left me.." he said with a huge grin.
"Oh, Timmy.. i'm so sorry.. is it because of what i told you to do?"
"Well, it kind of.. i don't know why, but somehow i didn't felt sad nor regreat about it.."
"Really? Why?"
"You're right, Sam.. love is when you can be yourself in front of the one you love.. and fortunately kat is not the one.." he said.
"She freak out when i told her that this is the real me.. but still, i'm happy that i can show her the truth."
"really.. that's good to know.. for your information, i never like her.." she laughed. As well as Timmy.
"I've never realize until now..but i've already found the girl who worth loving for.. and she's been disguising as my best friend all along.." sam shocked. But, who is his best friend? He has another best friend besides me?
"Who is she?" She asked.
"What do you mean by who? I've only have one best friend my whole life.. it's you of course.. sam, it's you.. you're the one who always being there for me.. you're the one who always accept me for who i am.. you're there, sam.. you are always there.." sam blushed.
"Are you saying that..." Timmy noded.
"I.. i love you.. just you.." sam grined before jumps into Timmy's arms.
"Oh, Timmy.. you don't know how long i've been waiting for you to say that.."
"R..really?"
"Yeah.. really really.."
He huged her tight and never thought to let go..

Tuesday, 23 December 2014

Hikayat cinta sejati

dengarkan ini satu cerita..
ia bermula di sebuah kota..
terdapat pula sebuah istana..
tinggallah raja dan putera mahkota..

putera mahkota kehilangan ibunda..
hati sedih tidak terkata..
tiada senyum tiada ketawa..
terasa gundah hati si raja..

dengan hati gundah raja perintahkan..
siapa berjaya anugerah diberikan..
senyuman putera harap dikembalikan..
dengan segera raja harapkan..

ramai yang datang ramai yang mencuba..
tapi masih tiada yang berjaya..
tiba si gadis di istana..
dengan hajat dan pertolongan yang ingin diminta..

kali pertama bertentang mata..
hati terpaut tanpa dipinta..
senyuman terukir tanpa sengaja..
raja gembira tidak terkira..

si gadis berdepan dengan raja..
dengan bimbang dia berkata..
ibunya sakit di dalam desa..
wang tiada rawatan tiada..

kerana hati sudah gembira..
ibunda dirawat dengan sebaiknya..
gadis dikahwinkan dengan si putera..
hiduplah mereka bahagia selamanya..

itulah cinta pandang pertama..
dari mata turun ke jiwa..
cinta di hati ia bertakhta..
lahirnya ia tanpa bicara..

Sekian terima kasih

Tuesday, 11 November 2014

~MaSa HaDaPaN kItA~

Nina hanya memandang mereka berlari di padang sekolah. Sepatutnya dia juga berada di situ. Berlari merentas angin. laju. Lebih laju dari yang lain. Ya. Tak pernah ada sesiapa dapat menandingi kelajuannya. Dia gembira. Dia suka berlari. Itulah kelebihan dirinya.
"Nina.." sapa seseorang dari belakang.
"Oh, hai Lily.."
"Kenapa berdiri kat situ? Tak pergi berlatih ke?" Soal Lily. Salah seorang rakan Kelas sebelah. Nina tersenyum.
"Aku tengah cuti rehatlah. Cedera pertandingan sebelum ni tak sembuh lagi." Ujarnya sambil mengangkat kaki sebelah kanannya. Dia mengeluh.
"Buat penat je masuk pusingan akhir peringkat kebangsaan.." lily menggosok perlahan bahu Nina.
"Tengah jalani rawatan lagi ke?"
"Ya, jangan risau. Pasti sembuh punya.." Nina tersengih menampakkan barisan giginya. Tiba-tiba sepasang tangan menarik lengannya dari belakang. Dia terdorong ke belakang.
"Eh?" Nina memandang ke belakang. Mencari gerangan yang sesuka hati menarik lengannya itu. Terdapat seorang pelajar lelaki di situ. Merenung ke dalam matanya sebelum berlalu pergi begitu sahaja. Meninggalkan Nina dan Lily yang terpinga-pinga.
"Siapa dia tu?" Soal Lily.
"tu bukan Rayyan ke? Budak kelas aku?" Soal Nina pula.
"Oh, Rayyan.. yang ramai budak perempuan suka kat dia tu kan.. sebab dia cool gitu.." ujar Lily sambil tersengih memandang Rayyan.
"Tapi, kenapa tiba-tiba dia tarik tangan aku? Dia minat kat aku ke?" Soal Nina lagi.
"Tak mungkin. Kau tu cintakan padang je kan.." Nina hanya ketawa mendengar kata-kata Lily.
"Bahaya!!!" Jeritan seseorang dari tingkat atas mematikan ketawa Nina. Sebiji pasu bunga jatuh betul-betul di hadapannya. Nina terpaku di situ.
"Maaf, kau okey tak?" Soal seorang budak lelaki dari tingkat atas.
"Bahayalah! Lagi sikit nak kena dia tau!" Marah Lily.
Nina memegang dadanya yang berdegup kencang itu. 'Kalau Rayyan tak tarik aku tadi dah lama dah aku...' dia tersentak. 'K..kenapa Rayyan tarik aku?' Soal hati kecilnya. Dia memandang Rayyan yang sedang berbual dengan rakannya. 'Dia macam tahu je pasu tu nak jatuh kat situ..'
"Wei Rayyan. Aku dengar kau ada jumpa dengan pelakon.. apa dah nama dia, haa.. Syasya.. betul ke?" Soal Syafiq.
"Betul.."
"Untungla kau. Dia cantikkan? Apa pendapat kau?"
"Aku tak minat isteri oranglah." Balas Rayyan. Syafiq memandang Rayyan pelik.
"Eh, apa pulak? Dia tak kawin lagi la. Dalam tv pun dia ada cakap yang dia tak de boyfriend lagi.." balas Syafiq.
"Oh, ye ke?" Nina hanya memerhatikan perbualan dua lelaki itu.

"Mama, kuatkan sikit tv tu.." ujar Nina sambil menyuapkan sekeping roti ke dalam mulutnya.
"Pelakon cantik, Syasya telah berkahwin secara mengejut semalam. Ramai yang terkejut mendengar pengakuan dari pelakon cantik itu." Secara tidak sengaja roti terlepas dari tangannya.
"Syasya.. dah kawin?" Nina teruja.
"Hebat! Macammana dia tahu??" Soalnya lagi. 'Jangan cakap yang dia.. boleh nampak masa depan?' Ujar hatinya pula.

Dia melangkah kearah pelajar lelaki yang sedang berjalan di koridor sekolah itu. Baju lelaki itu ditarik dari belakang memaksa lelaki itu untuk mematikan langkahnya.
"Kau.. kau boleh nampak masa depan ke?" Soal Nina teruja. Rayyan memandang Nina.
"Apa kau merepek ni Nina?" Soalnya serius.
"Kau boleh nampak masa depan orang lain kan? Aku nak kau tengok aku punya!" Nina sudah tersengih sampai ke telinga.
"Aku tak tahu apa yang kau cakapkan ni.."
"Aku bercita-cita nak jadi atlet olimpik satu hari nanti. Jadi tolonglah tengok masa depan aku!" Cepat sahaja kata-kata Rayyan dicantasnya.
"Maaf.. tapi aku.." belum sempat Rayyan menghabiskan kata-katanya Nina melutut di hadapannya. Orang yang berada disekeliling mereka mula memandang. Ada yang ketawa. Ada yang berbisik-bisik sesama sendiri.
"T..tunggu.. berhenti.. bangun cepat.." Nina akur.
"Memang betul aku boleh nampak masa depan orang lain.. tapi aku tak boleh tunaikan permintaan kau tu.." ujar Rayyan. Kata-kata Rayyan itu agak mengecewakan.
"Dari dulu lagi aku boleh nampak masa depan orang lain. Tapi.. aku tak boleh kawal bila aku boleh tengok. Aku tak boleh nampak masa depan orang yang rapat dengan aku.. contohnya, keluarga aku. AKu juga tak boleh tengok masa depan dalam jangka masa yang panjang. Jadi aku tak boleh nak tunaikan permintaan kau tu." Sambungnya lagi.
"Hebat! Kalau kau boleh buat semua tu, mesti takde masalah.. aku yakin! Kau pasti boleh buat! Jangan risau! Aku akan sokong kau. Sampai Kau  boleh nampak masa depan aku!" Ujar Nina keterujaan.

"Sesiapa yang dapat markah bawah 50, minggu ni kena pergi kelas tambahan.." ujar cikgu Salim. Masing-masing memandang kertas ujian yang telah ditanda. Ramai juga yang mendapat markah bawah 50. Termasuklah Nina dan Rayyan sendiri.
"Rayyan.. nampaknya kita memang ada jodoh. Aku akan tolong kau tengok masa depan aku dalam minggu ni." Ujar Nina. Rayyan menutup mukanya dengan sebiji buku.
"Tapi kan Rayyan. Kalau kau boleh tengok masa depan, patutnya kau bolehlah jawab ujian tu kan?" Sambung Nina lagi. Rayyan menongkat dagunya.
"Sebab tulah aku buat keputusan untuk masuk kelas tambahan. Masa terserempak dengan cikgu hari tu, tiba-tiba je aku nampak jawapan ujian kali ni. Tapi, kalau aku guna jawapan tu, rasa macam menipu pulak." Nina terpegun seketika.
"Tu sebab kau.." ujarnya.
"Kalau aku lah, dah tentu aku gunakan lelebihan tu.. sebab kau Rayyanlah, kau dapat kuasa hebat tu.." Nina tersenyum memandang Rayyan. Kagum pun ada. Rayyan terpaku. Wajahnya serta merta menjadi merah padam. Dia terus mengalihkan pandangannya.
"Mana ada.." ujarnya. 'Dia malu ke?' Soal hati Nina. Nina hanya tergelak kecil. 'Walaupun Rayyan ada kuasa pelik.. tapi, dia tetap lelaki biasa..'
Nina bangkit lalu berjalan perlahan ke arah meja Rayyan.
"Macammana? Nampak masa depan aku tak? Aku dapat jadi atlet profesional tak?" Soalnya.
"Tak nampak.." ujar Rayyan, malas.
"Takpe.. kuatkan semangat! Kau pasti boleh buat!"
"Kenapa kau bersemangat sangat ni?"
Rayyan tersentak sebelum ketawa terbahak-bahak.
"Kau dah kenapa? Ketawa tiba-tiba?" Soal Nina.
"Hahaha.. tak de.. aku nampak.. perut kau bunyi kuat gile lepas kelas ni. Baik kau makan sesuatu sekarang.." Rayyan meneruskan ketawanya.
"Eh? Tak mungkinlah.."

"GRRRRR!!" Kuat sekali bunyi itu. Nina menekan perutnya yang berasa lapar. Merah padam mukanya. Kesemua rakan sekelasnya ketawa terbahak-bahak. Nina memandang Rayyan. Seperti yang disangka. Lelaki itu sedang menahan gelaknya.
"Bekas pensil kau.." bisik Rayyan.
"Bekas pensil?" Nina membuka zip bekas pensilnya lalu mengeluarkan kesemua isinya. Terdapat sebiji gula-gula terselit di dalam bekas itu. Dia memandang Rayyan.
"Makanlah.." ujarnya. Nina tersenyum. Terharu dengan keprihatinan lelaki itu. Dia terfikir sebentar. Rayyan. Mungkin dia dah banyak tengok masa depan orang lain, dan mungkin sebab itu dia juga terseksa.

"Lambat kelas tambahan habis hari ni.." ujar Rayyan sambil memeluk tubuhnya sebelum berjalan keluar dari kawasan sekolah. Hari sudah gelap. Langit tiada bulan mahupun bintang. Angin bertiup agak kuat. Menandakan hujan akan turun malam itu.
"Tulah.. cikgu kejam.." seloroh Nina.
"Sejuknya angin, seronoknya. Aku teringin sangat nak lari pecut sekarang." Sambung Nina lagi sambil memandang langit. Senyuman tidak lekang dari bibirnya.
"Kau ni memang suka sangat berlari kan? Aku terfikir nak masuk bawah selimut je sekarang ni." Ujar Rayyan. Nina tergelak kecil.
"Ya, aku suka sangat. Bila aku berlari, rasa macam angin.. aku suka sangat perasaan tu. Impian aku nak kadi atlet profesional dan berlari kat serata dunia. Jadi sekarang ni aku kena sembuhkan lutut ni dulu." Ujar Nina. Rayyan hanya memandang Nina tanpa reaksi. Dia seakan-akan sedang memikirkan sesuatu. Tangan dihulurkan ke arah Nina.
"Nina, bagi tangan kau.. nanti kau jatuh." Ujarnya. Nina sedikit terkejut.
"Kau cakap macam tu sebab nak pegang tangan aku je kan?" Nina tersenyum mengejek.
"Mana ada.. dahlah.." Rayyan dengan wajah yang merah padam berpaling dan mengatur langkah.
"Haha.. aku gurau je.. maaflah.." ujar Nina tersengih sebelum berlari anak mendapatkan Rayyan. Tanpa disangka kakinya melangkah di atas  air hujan yang bertakung di atas jalan. kakinya tergelincir. Namun, sebelum sempat badannya menyembah jalan, sepasang tangan menyambutnya daripada jatuh.
"Kan aku dah cakap. Tak nak dengar.." ujar Rayyan.
"Hehe.. maaflah.. terima kasih.." Rayyan memandang Nina yang masih di dalam rangkulannya. Wajahnya menjadi hangat sebelum rangkulannya dirungkai. Dia berpaling ke arah lain.
"Dah.. jomlah balik.." ujarnya lalu melangkah pergi.
'Dia malu.. kenapa pula? Kalau Rayyan malu, aku pun rasa malu juga..' ujar hati Nina. Wajahnya juga mula merah.

Nina termenung di beranda berhampiran bilik darjahnya. Dia teringatkan peristiwa semalam. Sesekali terasa wajahnya hangat.
"Nina.." sapaan Cikgu Salim mematikan lamunannya.
"Ada apa cikgu?" Cikgu Salim menyerahkan beberapa helai kertas kepada Nina.
"Ini kertas kerja untuk kelas tambahan kamu. Kamu tolong bagi pada Rayyan sekali ya." Ujar cikgu Salim.
"Baiklah. Terima kasih , cikgu." Dia pun terus mengatur langkah ke koridor. Ingin mencari dimana kelibat Rayyan. Langkahnya dipercepatkan. Dia akhirnya berlari. 'Ah.. dah lama tak berlari.. sebab aku fikir nak sembuhkan lutut dulu. Jadi, dah lama tak berlari.. rasanya tak salah pun lari sikit, kan..' Nina tersengih.
"Seronoknya..." ujarnya. Bagai terkena renjatan elektrik. Sakit di lututnya kembali menyerang. Dia berhenti. Lutunya yang berdenyut-denyut itu dipegang erat.
"Sakit.." ujarnya perlahan. 'Tulah.. siapa suruh kau lari' ngomelnya sendirian sambil tersenyum hiba. Dia memandang keluar jendela. Kelihatan jurulatihnya, Cikgu Aman sedang melatih beberapa orang atlet sekolah.
"Kamu dah berjaya kurangkan masa kamu. Lagi sikit je kamu boleh kalahkan masa Nina.." ujar cikgu Aman kepada Syikin, salah seorang atlet balapan sekolah. Nina memerhatikan wajah gembira Syikin. Dia tertunduk. Melepaskan keluhan kecewa.

"Alaa.. banyaknya kertas kerja!" Ngomel Rayyan. Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
"Aku rasa dia mesti hidup lama kan?" Seloroh Nina sambil tergelak kecil.
"Dia tu panjang umur.. sebab aku rasa macam pernah tengok dia tua.." ujar Rayyan. Nina tergelak.
"Hahaha.. dah agak dah.." 'eh?' Nina tersentak. 'Kuasa Rayyan tu bukan ke tak boleh tengok masa depan jangka panjang? Kenapa pulak dia boleh nampak cikgu jadi tua? Ke.. kenapa dia tipu aku?' Soal hati kecil Nina. Nina memandang Rayyan. Serius.
"Kau nampak masa depan aku gagal jadi atlet professional ke? Sebab tu ke kau cakap kau tak boleh tengok masa depan aku?" Rayyan tersentak. Dia memandang Nina sebelum melepaskan keluhan perlahan.
"Ya.." ujarnya.
"Sebenarnya, aku boleh nampak masa depan dalam jangka masa yang panjang tapi kejap je. Kau punya pun aku nampak.." jelas Rayyan lagi.
"Masa depan aku.. macammana?" Soal Nina. Rayyan menelan liurnya.
"Kau kawin dengan orang yang aku tak kenal.. ada anak dan jadi ibu macam orang lain.." Nina tersentak mendengar kata-kata Rayyan.
"Masa aku tengok kau bersungguh nak sembuhkan lutut kau tu, aku tak sanggup nak bagitahu. Sebab, aku suka sangat dengar kau bercerita pasal balapan.." jalas Rayyan lagi. Nina bangkit dari kerusi.
"Terima kasih, Rayyan." Dia tersenyum memandang Rayyan.
"Walaupun aku ni macam ni, tapi ada jugak orang nak kawin dengan aku.." dia tersengih. Tetapi Rayyan tahu sengihan itu hanya dibuat-buat.
"Nina.."
"Maaf, aku balik dulu.." Nina terus melangkah pergi. Meninggalkan Rayyan sendirian di situ. Dia berjalan seorang diri. Dengan fikiran yang entah ke mana.
'Macam tu rupanya.. semuanya sia-sia je.. selama ni, aku berlatih bersungguh-sungguh.. masa yang aku gunakan untuk sembuhkan lutut ni.. semuanya sia-sia..' dia mengeluh perlahan.

"Selamat pagi,Rayyan!" Nina menyapa Rayyan dengan senyuman lebar di bibirnya.
"Nina.. erm.. pasal semalam.."
"Jangan risau.. aku akan berusaha jadi isteri yang baik.. jadi, kau boleh berhenti.." ujar Nina sambil tersenyum. Rayyan terdiam. Dia memandang tepat ke arah Nina.
"Jadi, besar tu jelah impian kau rupanya?" Ujarnya setelah agak lama berdiam diri.
"Aku suka sangat dengar kau bercerita pasal balapan.. kau nampak ceria je. Aku ingat kau boleh ubah masa depan kau sebab tulah aku tak nak bagitahu kau perkara sebenar.. maafkan aku sebab tipu kau.." ujarnya lagi. Nina tertunduk. Mengalihkan wajahnya dari Rayyan. Sebelum Rayyan sempat melangkah pergi dari situ, sebelah kasut melayang mengenai kepalanya.
"Aduh!" Kepalanya digosok perlahan. Siapa pula yang baling kasut tadi? Sebaik sahaja berpaling, kelihatan Nina memandangnya dengan mata yang sudah pun berair. Menunggu masa untuk jatuh ke pipi.
"Jangan mintak maaf!" Ujarnya.
"Aku yang patut mintak maaf! Aku dah tahu lutut aku ni takkan sembuh.. kalau sembuh pun, dalam tempoh aku berehat dah tentulah ada orang lagi bagus akan muncul. Walaupun macam tu, aku suka sangat.. lari lagi laju dari orang lain.. lari lebih laju dari orang lain.. aku suka sangat.. bila aku tanya kau dan kau cakap cita-cita aku takkan tercapai... aku sedih..  dan aku salahkan orang lain padahal aku sendiri putus asa.. maaf! Maafkan aku, Rayyan!" Akhirnya air mata tumpah juga. Mengalir tanpa henti. Dibiarkan saja air mata itu. Dengan perlahan Rayyan menarik Nina ke dalam pelukannya. Erat sekali. Seperti tidak mahu melepaskan pelukan itu lagi.
"Agaknya kau akan jumpa tak? Impian baru yang kau usahakan bersungguh-sungguh? Aku yakin.. kau pasti jumpa.." ujar Rayyan. Nina tersenyum. Dalam pelukan Rayyan dia berasa lebih yakin. Lebih tenang. Lebih selamat. Pelukan itu dilepaskan.
"Aku akan cari impian.. yang aku akan usahakan bersungguh-sungguh.." Nina sudah tersengih sampai ke telinga. Rayyan hanya tersenyum. Dia suka melihat Nina gembira. Dia berasa tenang setiap kali melihat senyuman itu.
"Jangan cakap kau dah nampak masa depan aku?" Soal Nina. Rayyan memegang kepalanya. Berasa sedikit berdenyut-denyut.
"Tu... aku rasa masa depan kau dah berubah.. tapi, tiba-tiba aku tak boleh nampak dah.." ujar Rayyan. Nina hanya tersenyum.
"Aku rasa kau mesti nampak jugak nanti. Lagipun, kau pernah cakap kan.. kau tak boleh nampak masa depan kau sendiri dan juga masa depan orang yang ada pertalian dengan kau.. macam saudara-mara atau keluarga.." kata-kata Nina mebuatkan Rayyan tersedar akan sesuatu. 'J.. jangan-jangan..' wajahnya sudah merah padam.

Lima tahun kemudian...
"Aku tak boleh nampak masa depan orang yang rapat dengan aku..." kata-katanya sendiri masih terngiang-ngiang di kepalanya. Dia memandang ke arah semua yang berada di dalam masjid itu. Ustaz Abdul sudah berada di hadapannya. matanya menangkap seorang wanita yang merupakan pengantin perempuannya. Cantik. Bak bidadari.
"Contohnya.. keluarga aku.." Rayyan tersenyum. Mata Nina juga memandang ke arah Rayyan. Kedua-dua mata bertaut. Dengan sekali lafaz, dua hati menjadi satu. Dia bahagia. Nina, pengarang jantungnya.

Sunday, 19 October 2014

10 SwEeT aNgElS

First of all.. there are 10 girls.. and i'm one of them.. we like to call ourselves as 'wanita perkasa'.. why?? Because we are strong.. we are happening.. we are crazy.. we are unique.. we are special.. and we never care about what others are saying.. everyone has their own characteristics or specialities.. yeah.. maybe..

here is our president.. her name is Nur Madhiha.. from my observation.. she is a calm person.. no matter what we did to her she just smile and sometimes she didn't show any reaction at all.. haha.. she's very funny.. but.. she has a crystal heart.. maybe she never showed it to us but i know how weak her heart is.. when she mad or upset.. she will look outside and calm herself down.. she like to be alone when she sad.. she's brilliant though.. although she's a little bit slow but she's still clever.. oh.. and she loves novels.. alot.. haha.. that's Madi..

now we take a peek at her room mate.. the one and only, Nur Najihah.. she is the most brave girl i ever known.. she is like a big sister to us.. always take care of us.. she is someone who we can lean on.. she is cute you know.. so cute.. she's just like another version of me.. the one who likes to eat.. alot.. like to wear sneakers.. t-shirts and jeans.. so simple but so cute.. she like challenging stuff.. just like me.. she likes movie and cartoons.. just like me.. she like games.. so much.. she's also clever.. shy but clever.. this is from my point of view.. on how i know her.. that's Jie..

then how about we go to the next room.. where shiera and sheero are sleeping.. soundlessly.. haha.. there's Nur Shahirah Zamri.. i've known her since MDS (minggu destini siswa) .. maybe my first friend since i entered this university life.. she's pretty.. selekeh but still pretty.. she loves to sleep.. just love it.. when there's free time.. she'll sleep.. that's her hobby maybe.. haha.. no offense shiera.. she's a tidy one actually.. always tidy up our apartment.. she said she's lazy but actually she is the most hardworking girl i ever met.. haha.. but shiera.. she is pretty..

now we look at her room mate.. Nur Shahira Dahalan.. the one we like to call Sheero.. she's tall.. taller than me.. but she's so pretty.. she has a model figure.. but.. she don't like to dress up much.. she's clever too.. like to watch movie.. like to eat alot.. just like me and Jie.. haha.. when it comes to eating, it will be the three of us.. outside she may look like the silent one.. but when with us.. she's the most happening girl.. always doing crazy stuff with us.. haha.. we just like crazy things.. when it comes to study.. she is just like me.. lazy.. haha.. she likes games.. alot.. haha.. always have time to download new games.. that's just sheero.. okey.. done apartment 507..

now we went down to apartment 307.. there lives Hidayatul Husna.. gentle and sweet.. hardworking.. but when it comes to 'menganjing', there's no gentle or sweet words.. haha.. she really knows how to do that.. haha.. she is a stalker.. really loves to stalk.. every informations are in her hands.. just ask.. she knows everything and everyone.. haha.. she's just so sweet..

then we went to salsabila 2.. there lives Ili Nursyarafiena.. our vise-president.. haha.. she likes to have fun.. likes shopping.. really loves sale signs.. haha.. she knows all the brands.. expensive or not.. she knows all.. i like to call her miss bora-bora or miss Maldives.. haha.. because she always said that she wanted to go for a holiday at an island.. she's my partner in our diva world.. we called ourself as Diva SS.. that is Scha and Sally.. haha.. she loves to laugh.. alot.. and she is so cute.. that's Ili i give you..

now let's go up to one lever.. lever 3 of salsabila 2.. there lives Nur Izzyanie.. she's a secretive person.. so many secrets.. But she's friendly.. she can talk you know.. i mean in front of many people.. she used to be a debater.. she knows a lot of informations.. and most of them are true..  we can't really argue with her.. hehe.. she'll always win.. and she's my bus partner.. haha.. we'll always went home together..

than we'll take a peek on our sis 'poban'.. haha.. i mean suksis.. her name is Intan Liyana.. you can't mess with her alright.. she's a police.. i mean.. a police to be.. i think.. nevermind.. i've known her since mds.. just like shiera.. because that time we're together.. me, shiera, intan and nabila who is also a suksis.. well intan.. she's a really tough one.. she's sensitive but tough.. and slow.. haha.. just like madi.. but brilliant though.. so brilliant.. aaa.. one more.. she likes photographic.. just like me.. we dreamt to have our own DSLR.. haha.. oke.. that's intan i gave you..

now.. let's travel across the country.. to Jengka i mean.. there lives puteri nur fatin hamimah.. she's pretty.. funny.. friendly.. haha.. and clever.. she's tough.. i can see how tough she is.. she always said that she missed us.. being in Jengka is a little bit lonely for her.. no us around to do crazy things together.. she's so happening.. and likes to sing.. kareoke I mean.. haha.. that's fatin alright..

So.. that's it.. the 9 angles.. how about me?? Naah.. i don't want to talk about me.. this is about them.. about our friendship.. i really miss the old us.. when we all can be together.. doing crazy things..  laughing our hearts out.. dancing like there's no tomorrow.. singing like the world is ours.. i really miss that time.. but now.. we've been apart.. our group is decreasing.. little by little.. i love you guys.. so much.. from time to time.. i love you more and more.. note this my friends.. friends are angles.. be each other wings and fly across the sky together.. when one fall.. others will catch and help them up..

Sunday, 12 October 2014

FrIeNd TiLl JaNnAh

Let me tell you about one person that i admire the most.. she is my best friend.. the most bestest friend i ever had.. she always there for me.. no matter where she is.. how busy she is.. she always there for me.. comfort me.. with all those kind and sweet words.. i like to share my stories to her.. we always share something.. but now.. we've been apart.. and i don't get to see her often.. i miss her.. it's been a few months since the last time i met her.. i really want to see her.. how she looks like? Well.. she's pretty.. sweet..kind.. always think of others before herself.. she's friendly.. so friendly.. sometimes she shy.. but sometimes she just as happening as me.. i just like being with her.. she always make me happy.. her name? Nur Amalina Abdullah.. studied nursing in nursing college at Melaka.. she's my best friend till jannah and no one will ever change that or replace her place..

Friday, 10 October 2014

FrIeDsHiPs dO cUrE PaIn..

Friends are angels.. they help us fly when our wings are broken.. they help us smile when our tears are running.. they help us calm when our hearts are bleeding.. they make us strong when we began to fall apart.. friendship is beautiful.. they never judge us.. the never leave us.. they never mind who we are and where we came from.. they just be there for us.. no reason.. just because.. when we are around them.. we'll always laugh.. we'll always doing crazy things together.. they are so wonderful.. smile when we smile.. cry when we cry.. laugh when we laugh.. sing when we sing.. dance when we dance.. altough we are not good dancers nor singers.. we just dance.. we just sing.. we never mind what others are saying behind.. we just do what we want.. some crazy things.. really crazy.. we are just crazy friends.. honestly, they make me forget.. all the things that've been bothering me.. forget all of the ones that have been hurting me.. all of my problems.. all of the things that i don't want to remember.. this is the taste.. the taste of love.. the taste of friendship.. it's sweet.. it is so sweet.. it will get sweeter day after day.. from what i know.. friendship do cure pain.. forever.. friends till jannah..

Tuesday, 7 October 2014

MuNgKiN.. kItA tAk TaHu..

Jodoh itu rahsia Allah.. kita sendiri tak tahu siapa jodoh kita.. nak mencari tak tahu di mana.. nak menanti tak tahu sampai bila.. orang cakap cinta tak boleh dipaksa.. kalau ada jodoh tu tak kemana.. namun, bila insan yang cuba untuk dilupakan kembali menagih cinta lama.. hati mula gelisah.. yang ada di depan mata ini sudah di beri harapan.. ingin memilih tak tahu yang mana.. kedua-duanya dicintai sepenuh hati.. di sana menanti di sini menunggu.. nafas seakan-akan berasa sesak apabila di minta untuk diberikan peluang kedua.. sungguh keliru hatinya.. lalu.. dia cuba memilih.. cuba menjadikan satu sahaja hati miliknya.. yang bisa menjadi pendengar yang setia.. yang bisa menjadi penawar duka.. yang bisa menjadi bahu penghapus air mata.. agak sukar memilih antara dua.. lalu satu ditinggalkan untuk satu yang didambakan.. benarlah.. soal hati manusia, siapa yang dapat meneka.. soal hati ini sukar untuk ditafsir.. tetapi, kalau memang sudah jodoh.. sejauh mana pun perpisahan berlaku, tetap bersama walau jalan terjah berliku.. jangan khawatir tentang jodoh.. jangan menangis jika masih tiada jodoh.. berdoalah.. mungkin Allah telah simpankan satu.. untuk menemani syurgamu.. jangan difikir Allah itu tidak adil.. Allah Maha Adil dan lebih mengetahui perjalanan hidup kita.. Allah telah mempersiapkan jodoh yabg terbaik untuk kita.. Allah itu Maha pengasih.. semua orang berhak bahagia.. Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.. jadi, rugilah mereka yang meraung hanya sebab cinta dunia.. rugilah mereka yabg sanggup tamatkan riwayat sendiri hanya kerana cinta dunia.. cinta yang tak layak untuk diagung-agungkan.. mungkin kita tak tahu.. mungkin kita sendiri pernah berselisih dengan jodoh kita.. mungkin kita tak tahu.. mungkin orang yang kita benci itu adalah jodoh.. mungkin juga orang yang paling dekat dengan kita itu adalah jodoh.. mungkin.. kita tak tahu..

Thursday, 2 October 2014

CiNtA iTu SaTu AnUgErAh

Cinta ni memang susah nak ditafsir.. tak perlu tengok tempat lain.. kat sekeliling aku ni pun banyak.. nak cerita satu-satu, sampai esok pun tak habis kan.. betullah orang kata.. kadang-kadang manusia ni buta dalam memilih cinta.. buta yang teramatlah butanya.. orang yang sayang cintakan dia sepenuh hati.. sanggup merantau jauh semata-mata nak jumpa orang yang dijanji.. tapi, dibiarkan macam tu saja.. dibiarkan tidak dihargai segala pengorbanannya.. terlalu buta sampai sanggup meninggalkan cinta sejati demi hati yang tak pernah menghargai.. hati yang tak pernah tahu apa itu erti cinta yang sebenar.. itu satu.. satu lagi.. merelakan perginya cinta yang amat disayangi hanya kerana ego yang sukar untuk dilepaskan.. memaksa hati mencintai yang lain sedangkan hati itu menangis-nangis ingin memeluk cintanya.. sehinggakan hati sukar bernafas.. membuatkan hati lain pula merana..  sukar untuk mentafsir cinta-cinta ini.. ada lagi watak-watak antagonis yang cuba menghancurkan cinta demi kepentingan sendiri.. ada juga watak-watak yang aku sendiri tidak mengerti tujuannya.. bila ditanya lain ceritanya.. bila dilihat lain pula ceritanya.. sampai aku sendiri naik pening dengan segala perihal yang berlaku di sekelilingku.. benar kata orang.. alam remaja inilah alam yang sangat mencabar.. bagaimana kita pilih untuk membesar.. jalan apa yang kita pilih untuk diikuti.. semuanya pada ketika inilah pilihan dibuat.. pilihan untuk masa hadapan..

Wednesday, 24 September 2014

WhIcH wOrLd?? I wOnDeR

Dalam dunia ni.. ada macam-macam manusia.. ada yang kaya.. ada yang miskin.. ada yang bernasib baik macam kita.. and ada yang tak bernasib baik.. pernah tak kita fikir kalau Allah tarik balik semua nikmat, kejayaan n rezeki yang kita ada ni? Kalau Dia nak tarik, sekelip mata je Dia boleh tarik.. so, janganlah kita sombong sangat dengan semua ni.. janganlah kita berhenti bersyukur dengan apa yang dah Allah kurniakan kat kita.. masa aku tengah tunggu bas kat stesen bas tadi.. aku nampak ada pak cik jatuh.. dia tengah tido atas kerusi tu tadi pastu terjatuh.. habis luka muka dia.. tapi, ramai yang datang tolong.. Alhamdulillah.. tapikan.. bila aku pandang pak cik tu tadi, terbit rasa kesian dengan keadaan dia.. tak tahulah apa kerja dia.. dia duduk depan toilet.. nak cakap penjaga toilet tu, dah ada orang lain yang jaga.. entahlah.. ayah aku ada cakap ngan sorang pak cik yang tolong pak cik tadi tu.. pak cik tu cakap, pak cik tadi tu selalu tidur kat pondok tunggu bas tu.. lepas tu aku terfikir.. dia tak de family ke?? Kalau ada, mana family dia?? Anak-anak?? Mana anak-anak dia?? Kenapa dibiarkan je dia macam tu?? Aku kesian.. tapi aku tak tahu apa yang aku boleh buat untuk tolong dia.. aku bukannya berduit.. aku pun mak n ayah aku still tanggung.. maybe satu hari nanti.. maybe dunia diorang yang aku akan ubah.. maybe.. just maybe.. because, He knows.. He knows which world will i change..

Sunday, 21 September 2014

AkU dIsInI lAgI

hari ini
aku lalui lorong itu lagi
lorong yg dulu aku jemu lewati
sungguh aku tak sangka
aku kembali kesini
ke lorong yg sepi
tanpa senyuman
tanpa tangisan
dan tanpa kebahagiaan
yg ada cume keresahan
kesepian
tanpa arah dan tujuaan
tanpa ada teman
namun masih ada ketenangan
terlalu cepat kau campakkan aku disini
terlalu cepat kau tinggalkan aku sendiri
terbawa sedikit hinaan yg kau berikan
termimpi segala derita yg kau coretkan
namun hati masih ada rindu
masih ada sesak tangis buatmu
masih ada mimpi indah bersamamu
buat menemani perjalanan ini
selamanya

Thursday, 18 September 2014

DiA hAnYa GaDiS bIaSa

Dia tak cantik menggoda.. Tanpa bulu mata palsu.. Tanpa gincu bibir, lip balm nya pun tak berwarna, tak menggoda.. Ada macam tak ada.. Matanya tak galak, tak redup.. Hanya mata biasa-biasa.. Kadang kala matanya terlihat bengkak dan
sembab.. Namun tak pernah dia sembunyikan itu dengan eyeliner, maskara dan eye shadow.. Yang memang dia tak reti nak calit-calit
tu.. Hidungnya pun tak mancung,
Pipinya tak lah semulus bagai telur dikupas itu.. Namun, tak pula mahu dia oles-oleskan pemerah pipi yang menambah seri.. Hanya dia tempekkan dengan bedak nipis yang gayanya ada macam takde.. dan dia, ya dia selesa begitu.. Walau dikelilingi rakan-rakan yang cantik dengan benda-benda tu.. Dia tak peduli dengan pandangan orang,
tak kisah dengan trend rakan-rakannya.. Bukan dia kedekut.. Cuma rasa tak perlu.. Menempek segala macam benda hanya untuk
terlihat cantik.. Dan dia, ya dia selasa begitu.. Sederhana dengan caranya.. Bersyukur dengan apa yang dia ada.. Biarlah walau dia dipandang kolot dan tak
bergaya.. Dia tak peduli.. Dia malas ambil tahu.. Yang penting dia tak menarik perhatian lelaki.. Dan tak pula berlebih – lebihan dalam
gayanya.. Sedang dalam dengan cara begitu pun.. Dia masih tak sedap hati.. Terasa lelaki-lelaki gatal masih memerhati.. Susah menjadi dia? Tak ada yang memandang? Tak ada yang mengorat? Itu lagi senang.. Senang dia nak jaga diri.. terhindar dari dosa dan lelaki yang berniat tak baik pada perempuan.. Susahnya menjadi dia? Terasa nak mencuba.. nak jugak terlihat
cantik dan menggoda? Dipujuk hatinya, “jangan, itu semua
godaan dunia” “ wanita itu mmg sudah cantik, maka jangan berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian yang kemudian mengundang dosa”.
Dipujuk hatinya.. Walau terasa ingin mencuba.. dia lebih takut pada akibat dosa yang tiba.. kalau dia turutkan kata hatinya.. Ya, biarlah.. Biar dia jadi gadis biasa, yang sederhana..
Yang kehadirannya tak disedari..
Ya, dia selesa begitu..

DuNiA rEaLiTi InI

Dalam hidup ni.. kadang-kadang kenalah sedar diri.. berpegang pada realiti.. dan realitinya aku bukanlah siapa-siapa.. hanya seorang yang menumpang di sini.. menumpang untuk menimba ilmu.. mengaut pengalaman.. mencari keredhaan.. aku hanyalah seorang yang menyimpan angan-angan.. yang tak akan menjadi kenyataan.. hidup di dunia yang penuh dengan liku-liku kehidupan.. hidup di dunia yang penuh dengan insan-insan yang hebat.. jika dibandingkan dengan mereka.. aku hanyalah seekor semut.. yang tidak mempunyai apa-apa untuk dibanggakan.. yang aku ada cumalah cinta ini.. cinta buat yang Maha Esa.. cinta buat ibu dan ayah.. cinta buat keluarga.. cinta buat teman-teman.. cinta buat sahabat-sahabat.. hanya itu yang mampu aku persembahkan pada dunia.. pada mereka yang lebih tinggi akal, pangkat dan namanya daripada aku.. aku hanyalah seorang insan yang serba kekurangan.. realiti memang perit.. aku hanyalah seorang penulis.. yang suka mencoretkan isi hatiku di dalam dunia khayalanku sendiri.. suka menulis sesuatu yang tidak penting.. hanya sekadar coretan basi.. seorang penulis yang tidaklah sehebat yang lain.. hanya sekadar penulis biasa.. penulis yang hanya mampu menyimpan angan-angan..

Tuesday, 16 September 2014

OnE sIdEd LoVe

Cinta.. persahabatan.. sayang kalau hanya sebab cinta persahabatan musnah.. cinta tiga segi.. empat segi.. susah bila perasaan hati sendiri disalah fahamkan.. suka disangka sayang.. sayang disangka cinta.. akhirnya hati orang lain yang terluka.. si lelaki menyukai si wanita dan menyangkakan itu sebagai cinta.. hanya disebabkan jarak yang memisahkan dia dengan orang yang disukainya dahulu dia cuba mencari insan lain yang dekat dengannya untuk dijadikan pengganti.. itulah suka disangkakan cinta.. mungkin bila berjauhan lagi dengan wanita ini dia akan mencari wanita lain yang lebih dekat dengannya.. tetapi si wanita ini pula menyintai lelaki lain yang mencintai wanita lain.. dan apabila si lelaki ini tidak membalas cintanya dia seakan-akan memberi harapan kepada lelaki tadi.. dan menambahkan lagi kesukaran dan kekusutan perasaan dalam dada.. sungguh seksa hati apabila semua ini berlaku.. perasaan berkecamuk.. berbelit-belit.. ianya berlaku diantara tiga individu yang aku kenali.. yang aku khawatiri.. dan salah seorang darinya adalah kawan yang aku sayangi.. cinta mereka terlalu sulit.. entah bilakah mereka akan sedar yang cinta itu tidaklah sesulit itu.. cinta itu senang bila kita jadikan ia senang.. cinta itu indah bila kita jadikan ia indah.. dengarlah sayang.. jangan dijadikan cinta sebagai asbab untuk kita melupakan persahabatan yang rapat ini.. janganlah cinta dijadikan penyebab terputusnya sesebuah persahabatan yang manis itu.. janganlah sampai satu saat nanti kita menyesal.. tolong jangan jadi seperti aku.. betapa aku menyesali hubunganku terdahulu.. kerana hanya disebabkan cinta, persahabatan yang aku sangat sayangi terputus begitu sahaja.. persahabatan yang sangat erat sangat manis itu akhirnya tiada lagi.. betapa aku sesali semua ini.. cintailah seseorang itu seikhlas hati.. jangan sampai mereka pergi dari hidup kita barulah kita nak menyesal..

BeCaUsE lIvE iS fUlL oF sUpRiSe

Being an engineering student isn't simple at all.. 3 years of having a mental breakdown.. so many subjects to cover.. all we can see just number, number and number.. it's so hard.. but when it comes to drawing, i'll be the one who will be so excited.. i loves drawing.. but having this kind of lecturer makes me feels dissapointed.. makes me realize.. engineering's world is not easy at all.. a normal human being won't make it.. even i don't know if i'm going to make it or not.. but, we never knew, right? Besides, live is full of suprise.. our fate have been written by Him.. and He had decide which path will i take.. which destination will i arrive.. which world will i change.. and before i reach that, i have to make sure i won't fall down here.. whatever happens, i have to complete the goal that i've carried with me since i entered here.. and i will succeed.. i know i will.. live is wonderful.. live is full of suprise..

Sunday, 14 September 2014

ArMaDa "HaRgAi AkU"

Seringkali kau merendahkan ku.. Melihat dengan sebelah matamu.. Aku bukan siapa-siapa.. Selalu saja kau anggap ku lemah.. Merasa hebat dengan yang kau punya..Kau sombongkan itu semua.. Coba kau lihat dirimu dahulu.. Sebelum kau nilai kurangnya diriku.. Apa salahnya hargai diriku.. Sebelum kau nilai siapa diriku.. Seringkali kau merendahkan ku.. Melihat dengan sebelah matamu.. Aku bukan siapa-siapa.. Coba kau lihat dirimu dahulu.. Sebelum kau nilai kurangnya diriku..  Apa salahnya hargai diriku.. Sebelum kau nilai siapa diriku..

Saturday, 13 September 2014

YoU tOoK mY hEaRt AwAy

Memandang bulan bercahaya biru.. menyiatkan segala kesungguhanku.. hidupku tanpa harapan dan mimpi.. terperangkap di dalam kegelapan diri sendiri.. tapi kau.. dapat menembusinya.. berjalan di dalam keindahan sementara.. melihat wajahmu ada dimana-mana.. kau datang memulihkan hati yang hancur.. kau memberikan hidupku satu permulaan yang baru.. dan sekarang.. aku jatuh cinta.. kau melarikan hatiku.. bila seluruh duniaku sedang berdoa.. kau berikanku segalanya.. dan takkan ku minta lebih lagi.. dan bila kesejukan malam menjelma.. dan kau tertidur di sisiku.. kau menjadi makna hidupku.. hidup di dunia yang kejam.. kau ada di sini untuk menjagaku.. bila hatimu seteguh batu.. kau bimbing diriku untuk pulang.. dan sekarang.. aku jatuh cinta..  genggaman tanganmu.. akan ku rasainya selalu.. di sini kita berdiri.. kita tak akan bersendirian..

Friday, 12 September 2014

JaRs Of HeArTs

Kau tahu, aku tak bisa lagi melangkah mendekatimu.. Karena yang menantiku hanyalah penyesalan.. Dan tahukah kau aku bukan temanmu lagi.. Aku telah kehilangan cinta dari orang yang paling kucinta.. Aku belajar hidup, setengah mati.. Dan kini kau inginkan aku sekali lagi.. Dan kau kira siapa dirimu? Ke sana kemari membuat luka.. Mengumpulkan hati dan kau mematahkan cinta.. Kau akan diserang demam.. Dari ais dalam jiwamu.. Maka janganlah kau kembali padaku.. Janganlah kembali lagi..

Thursday, 11 September 2014

BeRcInTa ItU sAkiT

Benar orang kata.. setia itu sakit.. bercinta itu perit.. bila semua yang indah bertukar rupa menjadi perit, semuanya menjadi kelam.. sakit.. tak pernah terfikir oleh akal ini yang hati ini bakal disakiti seperti ini.. mungkin dia tidak mengerti rasa ini.. tapi kenapa perlu dia mencari lagi hati yang telah dibuang oleh dia sendiri.. pedih.. waktu dulu mungkin bahagia.. gembira.. tapi bukan sekarang.. hati ini bukan seperti dulu lagi.. hati ini sudah disakiti.. sudah tidak perlukan dia lagi.. hati ini bakal bangkit.. bangkit dari segala yang cuba untuk meruntuhkannya.. benar.. bercinta itu sakit..

Tuesday, 9 September 2014

MaLaM yAnG sUnYi

bulan terang di langit tinggi.. sesekali angin menghembus lembut dingin.. bintang malam tidak menghadirkan diri.. langit kosong hanya cahaya purnama yang menerangi.. malam sunyi.. semua sudah dibuai mimpi.. nyenyak sekali.. saat inilah terbayang lagi.. segala yang tidak ingin diingati.. segala kenangan yang yang ingin dihalau pergi.. kembali mengisi memori.. sakit hati ini.. bagai tiada yang dapat mengubati.. lalu hati mencuba lagi.. melupakan semua agar tidak kembali.. mengosongkan memori yang terisi..hati yang sudah tidak berpenghuni.. cuba mencari Redha Ilahi.. dengan harapan agar dikabuli.. segala doa penerang hati.. semoga bertemu suatu hari nanti.. dengan jodoh yang yang bergelar suami..

Cause i'm only human

Aku bisa menahan nafas.. Aku bisa diam seribu bahasa.. Aku bisa terus terjaga berhari-hari.. Jika memang itu yang kau mahu.. Jadi yang nombor satu untukmu.. Aku bisa pura-pura tersenyum.. Aku bisa paksa diri tertawa.. Aku bisa berdansa dan bermain peranan.. Jika memang itu yang kau pinta.. Kan kuberi segalanya.. Bisa kulakukan itu.. Tapi aku hanya manusia biasa.. Dan aku berdarah saat aku terjatuh.. Aku hanya manusia biasa.. Dan aku hancur dan remuk.. Kata-katamu terngiang, bak pisau di hatiku.. Kau kuatkan aku lalu aku hancur berkeping.. Aku hanya manusia biasa.. Aku bisa terus bersemangat.. Jadi teman yang baik.. Bisa ku tahan beban dunia.. Jika memang itu yang kau butuhkan.. Jadi segalanya bagimu.. Bisa kulakukan itu.. Aku hanya manusia biasa.. Cuma manusia yang tak berdaya.. Bisa ku tahan banyak hal.. Hingga aku jatuh.. Hingga aku tersungkur.. Aku hanya manusia biasa..

Monday, 14 July 2014

AkU tAkNaK aLaMi SeMuA nI laGi

katanya dia tak nak kehilangan si gadis.. namun si gadis tahu betapa sakitnya mereka kalau mereka teruskan juga semua ni.. jadi dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.. banyak.. sangat banyak perkara yang si dia ajarkan kepadanya.. dalam sedar juga tidak.. terlalu banyak juga kenangan mereka bersama.. kenangan yang akan selalu kekal dalam ingatannya.. walaupun sememangnya si dia bukan jodohnya, si gadis sebenarnya redha dengan ketentuan Ilahi.. semua ini malah mengajarnya sesuatu.. membuatkan si gadis sedar, mungkin semua ini adalah balasan buatnya.. selama ni dia terlalu lalai.. terlalu leka dengan cinta dunia.. dia jarang memikirkan cinta Ilahi.. betapa dia terasa akan kejahilannya selama ini.. lalu dia terfikir.. mungkin sudah sampai masanya dia meninggalkan semua ini.. meninggalkan cinta dunia yang belum pasti akan menjadi miliknya.. mungkin sudah tiba masanya untuk dia berubah.. berhijrah ke jalannya.. ke jalan yang benar.. masih belum terlambat buatnya untuk bertaubat.. untuk merapatkan dirinya kepada Allah S.W.T.. memang susah untuk berubah.. tapi, jika dia melakukannya secara perlahan-lahan, semuanya akan menjadi senang.. bermula dari hati, perkataan, perlakuan dan pemakaian.. semua itu boleh dibentuk.. si gadis tetap berusaha untuk mencari cinta Ilahi.. lagipun, dia tidak ingin mengalami semua ini lagi.. semua kesakitan itu, dia ingin melupakannya.. dia akan mencari cinta dunia, bila tibanya waktu yang Allah telah tetapkan.. itulah tekadnya..


Friday, 11 July 2014

SuKaRnYa

"Saya akan bertunang.." 
Perlahan saja tutur kata si dia.. si gadis pula terpaku dengan kata-kata si dia.. langsung dia tidak pernah terfikir soal ini.. tidak pernah dia terfikir hubungan mereka akan berakhir sebegini.. dadanya secara tiba-tiba berasa sesak.. berdegup kencang.. seperti ingin meletup.. hancur.. berkecai.. musnah semua harapannya.. namun, dalam kesakitan itu digagahkan juga dirinya untuk menguntumkan senyuman.. walaupun terpaksa.. 
"Oh.. de.. dengan siapa?" Soalnya gelisah..
sayu sekali pandangan si dia..
"Saya tak tahu.. family saya yang arranged..saya mintak maaf.." si gadis terdiam.. apa yang perlu dia lakukan sekarang? Pertahankan cintanya pada si dia? Larikan diri? Dia tertunduk.. dadanya bergelombang.. berombak kencang.. air mata yang ditahan sejak tadi merayu-rayu untuk dilepaskan.. 
"Awak.. saya mintak maaf.. saya tak boleh nak tunaikan janji.." ujar si gadis.. di situ juga air matanya merembes keluar.. hancur.. segalanya hancur.. esakan ditahan sehingga dadanya mulai sakit.. Ya Allah.. tak pernah dia rasakan sesakit itu.. sakit yang teramat sangat.. oh Tuhan.. tolonglah.. hilangkan kesakitan ini..
"Awak.. saya mintak maaf.. say tak nak kehilangan awak.. walau apapun saya masih sayangkan awak.." ujar si dia lembut.. 

KaU tAkKaN pErNaH jAdI mIlIkKu

Penantian satu penyeksaan..
sampai bila lagi dia harus tunggu.. sedang si gadis menyusun ayat, menyusun kata2 dan menyusun soalan untuk diajukan, si dia membuka mulut.. 
"Saya ada something nak bagitahu awak.. tapi saya takut awak nangis.."
Si gadis agak terkesan dengan kata-kata si dia.. apa maksud dia berkata seperti itu.. dia seakan-akan boleh mengagak.. si gadis tidak mahu apa yang difikirkannya itu menjadi kenyataan.. tolonglah jangan.. tolonglah jangan.. berkali-kali dia berharap jangan..
"Cakap jelah.. apa dia?" Soal si gadis..
"Saya takut awak nangis.. saya tak suka awak nangis.. lagipun saya tak tahu sama ada benda ni jadi ke tak.." apa maksud dia? Si gadis terfikir.. apa maksud dia jadi atau tidak.. semua yang difikirkan si gadis tadi terus dibuang jauh.. 
"Tak apa.. cakap je.. saya janji saya takkan nangis.." ujar si gadis.. yakin sekali dengan kata-katanya itu.. 
"Baiklah.." keadaan kembali sunyi.. barangkali si dia masih mengumpul semangat..
"Saya akan bertunang..."

DiA bUkAn MiLiKkU

Dah terlalu lama dirinya menjadi orang yang istimewa di hati gadis itu.. setiap saat si gadis memikirkan si dia.. sebelum ke alam mimpi si dia yang difikirkan.. selepas bangkit dari alam mimpi juga si dia yang pertama muncul dari fikirannya.. apa yang si dia sedang lakukan sekarang? Apa si dia sudah makan? Apakah si dia sihat? Sampai perkara remeh juga difikirkannya.. ingin sekali dia bertemu si dia.. namun jarak memisahkan mereka..

satu hari.. 


mereka bertemu.. wajah murung si dia ditatap.. si gadis tahu sesuatu sedang mengganggu si dia.. ingin ditelan mati emak ingin di luah mati bapak.. si dia seperti ingin mengatakan sesuatu.. namun seakan-akan suaranya tersekat di kerongkong.. 
"awak sayang saya tak??" Soal si dia.. si gadis agak terkejut dengan kata2 si dia.. perlahan si gadis mengangguk.. 
"mestilah.. kenapa ni?? Cakap lah.." 
si dia memandang si gadis dengan satu pandangan yang sayu.. si gadis mula berfikir macam2 perkara negatif.. adakah si dia ingin memutuskan hubungan mereka?? Tidak.. mintak dijauhkan itu semua.. tidak sanggup dia mendengar kata2 itu keluar dari mulut si dia.. penantian satu penyeksaan.. memang benar sekali..