Friday, 11 July 2014

KaU tAkKaN pErNaH jAdI mIlIkKu

Penantian satu penyeksaan..
sampai bila lagi dia harus tunggu.. sedang si gadis menyusun ayat, menyusun kata2 dan menyusun soalan untuk diajukan, si dia membuka mulut.. 
"Saya ada something nak bagitahu awak.. tapi saya takut awak nangis.."
Si gadis agak terkesan dengan kata-kata si dia.. apa maksud dia berkata seperti itu.. dia seakan-akan boleh mengagak.. si gadis tidak mahu apa yang difikirkannya itu menjadi kenyataan.. tolonglah jangan.. tolonglah jangan.. berkali-kali dia berharap jangan..
"Cakap jelah.. apa dia?" Soal si gadis..
"Saya takut awak nangis.. saya tak suka awak nangis.. lagipun saya tak tahu sama ada benda ni jadi ke tak.." apa maksud dia? Si gadis terfikir.. apa maksud dia jadi atau tidak.. semua yang difikirkan si gadis tadi terus dibuang jauh.. 
"Tak apa.. cakap je.. saya janji saya takkan nangis.." ujar si gadis.. yakin sekali dengan kata-katanya itu.. 
"Baiklah.." keadaan kembali sunyi.. barangkali si dia masih mengumpul semangat..
"Saya akan bertunang..."

No comments:

Post a Comment