Cinta.. persahabatan.. sayang kalau hanya sebab cinta persahabatan musnah.. cinta tiga segi.. empat segi.. susah bila perasaan hati sendiri disalah fahamkan.. suka disangka sayang.. sayang disangka cinta.. akhirnya hati orang lain yang terluka.. si lelaki menyukai si wanita dan menyangkakan itu sebagai cinta.. hanya disebabkan jarak yang memisahkan dia dengan orang yang disukainya dahulu dia cuba mencari insan lain yang dekat dengannya untuk dijadikan pengganti.. itulah suka disangkakan cinta.. mungkin bila berjauhan lagi dengan wanita ini dia akan mencari wanita lain yang lebih dekat dengannya.. tetapi si wanita ini pula menyintai lelaki lain yang mencintai wanita lain.. dan apabila si lelaki ini tidak membalas cintanya dia seakan-akan memberi harapan kepada lelaki tadi.. dan menambahkan lagi kesukaran dan kekusutan perasaan dalam dada.. sungguh seksa hati apabila semua ini berlaku.. perasaan berkecamuk.. berbelit-belit.. ianya berlaku diantara tiga individu yang aku kenali.. yang aku khawatiri.. dan salah seorang darinya adalah kawan yang aku sayangi.. cinta mereka terlalu sulit.. entah bilakah mereka akan sedar yang cinta itu tidaklah sesulit itu.. cinta itu senang bila kita jadikan ia senang.. cinta itu indah bila kita jadikan ia indah.. dengarlah sayang.. jangan dijadikan cinta sebagai asbab untuk kita melupakan persahabatan yang rapat ini.. janganlah cinta dijadikan penyebab terputusnya sesebuah persahabatan yang manis itu.. janganlah sampai satu saat nanti kita menyesal.. tolong jangan jadi seperti aku.. betapa aku menyesali hubunganku terdahulu.. kerana hanya disebabkan cinta, persahabatan yang aku sangat sayangi terputus begitu sahaja.. persahabatan yang sangat erat sangat manis itu akhirnya tiada lagi.. betapa aku sesali semua ini.. cintailah seseorang itu seikhlas hati.. jangan sampai mereka pergi dari hidup kita barulah kita nak menyesal..
No comments:
Post a Comment