Tuesday, 23 December 2014

Hikayat cinta sejati

dengarkan ini satu cerita..
ia bermula di sebuah kota..
terdapat pula sebuah istana..
tinggallah raja dan putera mahkota..

putera mahkota kehilangan ibunda..
hati sedih tidak terkata..
tiada senyum tiada ketawa..
terasa gundah hati si raja..

dengan hati gundah raja perintahkan..
siapa berjaya anugerah diberikan..
senyuman putera harap dikembalikan..
dengan segera raja harapkan..

ramai yang datang ramai yang mencuba..
tapi masih tiada yang berjaya..
tiba si gadis di istana..
dengan hajat dan pertolongan yang ingin diminta..

kali pertama bertentang mata..
hati terpaut tanpa dipinta..
senyuman terukir tanpa sengaja..
raja gembira tidak terkira..

si gadis berdepan dengan raja..
dengan bimbang dia berkata..
ibunya sakit di dalam desa..
wang tiada rawatan tiada..

kerana hati sudah gembira..
ibunda dirawat dengan sebaiknya..
gadis dikahwinkan dengan si putera..
hiduplah mereka bahagia selamanya..

itulah cinta pandang pertama..
dari mata turun ke jiwa..
cinta di hati ia bertakhta..
lahirnya ia tanpa bicara..

Sekian terima kasih

No comments:

Post a Comment