Wednesday, 7 January 2015

CiNtA sEtItIs EmBuN..

Zaman sekarang ni takut pula rasanya nak bercinta.. iyalah.. macam-macam boleh jadi.. kita ni insan lemah.. senang sangat kena tipu.. lelaki bermulut manis.. itulah yang paling bahaya.. kalau diikutkan marah yang membuak-buak bak lava gunung berapi yang tak sampai sehari nak meletup ni.. nak je rasa pergi bunuh je lelaki-lelaki ni.. tapi, ditahan hati supaya jangan diikutkan sangat perasaan tu.. marah itu datangnya dari syaitan.. nafsu.. dan kita sebagai manusia tak boleh kalah dengan mereka.. sabarlah senjata kita.. sabarlah penguat hati sang pencinta.. cinta.. nak disebut pasal cinta.. cinta boleh menundukkan manusia.. cinta boleh memimpin manusia.. cinta Allah atau cinta nafsu.. kita sendiri yang pilih.. Cinta itu adalah perasaan yang mesti
ada pada tiap-tiap diri manusia.. ia
laksana setitis embun yang turun dari langit.. bersih dan suci.. Cuma
tanahnyalah yang berlain-lainan
menerimanya.. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus.. tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela.. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.. jadi.. jagalah hati.. hargailah cinta yang Allah beri.. jangan sampai satu hari.. sesal yang memakan diri.. ingatlah adik-adik.. jangan terlalu taksub dengan cinta monyet.. perjalanan kita masih jauh lagi.. rugilah hanya kerana cinta dunia kita ketinggalan tatkala orang lain sudah sampai ke garis penamat.. percintaan itu ibarat perjudian.. bahagia bila menang.. sakit bila kalah..

No comments:

Post a Comment